Friday, July 1, 2016

Budget Trip to Phuket

ASSALAM ALL..
Berhabuk sungguh la blog ni. Januari lepas kami sefamily ke Phuket. Al-maklumla keluarga dah berkembang tapi still nak berjalan. Jadi decide la yg dekat2 je. Krabi mcm ramai sgt dah pergi. So hubby kata ke Phuket sbb Krabi tu hulu sungai. Ntah betul ke tak den pun taktau. hahaha. Tiket Airasia dapatla RM300++. Tu dapat refund RM188 so kirala sendiri berapa je harga tiketnya. For me i would rate 4 bintang utk Phuket ni. except makanan HARGA MAHAL BENO!

Preparation: SILA LA BAWA SUNBLOCK IF KORANG PERGI AWAL TAHUN YE & SOKET 2 PIN! 

Currency masa tu 100 Baht = RM12.32. Maklum tak berapa nak lawa sgt. Jadi amik jela. Tu pun dah discount. huhuhu. Kitaorg renew passport sehari sebelum. hahaha. power tak? Tapi okla RM200 utk 5 tahun & si kecik tu RM100. Sila siap2 pakai baju gelap. Skrg ni takyah dah bawa gmbr sendiri. Terus snap kat sana je. Jadi nasibla if korang berjerawat batu redha jela. hehehe.

6 Jan 2016 Rabu
Niat asal nak sambut birthday si kecik tu. Dah setahun rupanya. Sekejap je dah besar. Flight kul 630pm tapi delay 15 minit. Tu pun ktorg lewat sbb ada polis bg arahan salah. cisss penat ulang alik kat KLIA2 tu. Dahla jauh beno nak jalan. If ada sila la bawa stroller lipat payung senang nak handle. Tips bawa budak kecik ni cukup makan & minum tido la die dalam flight. Tak jaga langsung. Senang kami. Masa kat departure hall ramai gila mat saleh. Ktorg je kot Malaysian. Flight 45 minit camtu kot. Tapi seram sejuk sebab byk kali dok langgar awan. huhuhu. Sampai sana 630pm waktu Thailand. Diorg lewat sejam dari Malaysia. Amik luggage & pasang siap2 stroller utk si kecik tu. Nak memilih taxi pun satu hal. Ktorg stay area PATONG so tambang taxi 800 Baht. Naik taxi Vios. Okla diorg tanya terus bawa ke hotel. Takdela kelam-kambut nak cari mcm ktorg travel berdua dulu. Ni dah ada anak terpaksa korbankan duit utk cari yg plg CEPAT sajo!
Tido saja. Mak ayah die sedap makan je sepanjang flight
Airport die mcm PWTC

Sampai je ktorg tak pergi mana pun. Hotel sgt murah RM50 semalam. Bole cari di agoda.com. Byk promosi hotel murah. Tu pun book 2 minggu before trip. Menu dinner masak bihun kari Mamee je. Hubby dok survey nak pergi mana & transport utk ktorg jln2. Sambil tgk TV Thai yg byk gila channel. Walaupun murah ada shower, air panas & sejuk.
7 Jan 2016 Khamis
Tgh dok fikir nak berjalan naik kereta or motor? Fikirkan safety anak nak je naik kereta tapi mahal juga. Jadi decide merempit la. 200 Baht utk sehari. Ktorg sewa terus 5 hari. Isi full tank pun still tak abis. 30 Baht utk seliter. Lebih kurg je dgn kita. Study map masa amik kat airport tu. Den tak amik peduli sbb jaga anak. kahkah. 

First destination pergi Patong Beach. SubhanaAllah mmg cantik! Mula2 tu agak risau juga sbb ada yg kata susah nak cari halal food. Alhamdulilah berdasarkan tanda halal ktorg pun berjaya spotted few stalls juga. Takdela susah pun. Tapi ktorg jenis tak memilih sgt makan. Asal sedap okla. Tak sedap takyah pergi dah. Ye dok?
Nasi ayam kunyit
Dapat air ni manis sgt. Nak bagi sejuk badan je

Petang tu ktorg berendam lama kat pantai tu. Zishan ni dahla pantang nampak air. Mula takut. Time nak balik meraung2 tak bagi angkat. Hai la anak!
 Budak dobok ni kepanasan. Camne la mat saleh bole terlentang kat pantai tu. huhuhu

Malam tu bersiap nak makan & tgk Bangla Street. Bykla show yg agak sexy mexy tu. Takde apa yg best pun. For me makanan agak costly. Maybe sbb halal kan.


 Entrance
 Byk mak nyah dari depan nampakla girl dari blkg terserlahla abam sado. hehehe
8 Jan 2016 Jumaat
Pada yg suka aktiviti adventure bole la spend duit utk ke island. Phuket ni terlampau byk sgt island. James Bond Island, Pha Nga Bay dll. I amik tour drpd guesthouse je. murahla juga dapat 1800 seorg. Ktorg book sehari awal dari tuan guesthouse. Ada juga yg dapat 2000 sbb tu berani ckp murah. Zishan free tula untung bawa baby sume free. hahaha. Tips nak berjalan sila bawa baby je no extra charge! 
Minivan dtg dalam kul 8am so tunggu je depan hotel berdekatan. Perjalanan nak ke jeti amik masa sejam 15 minit juga. Pening kepalo den. Nasib bawa Munchy maklumla lapo yg amat. Rupanya sampai sana depa bagi makan. hahaha gelak je ktorg. Okla bagi roti n tea. 

Ktorg amik trip ke Phi Phi Island. On the way tu island hoping dlm 5 island kot. Bermula kul 10am to 4pm. Sila pilih naik speed boat. Say no big boat or else. Cepat n selamat. Diorg ni dah siap bawa bekal air mineral and air bikarbonat manatau ada mabuk. Tu tips utk yg mabuk. Alhamdulilah zishan tak byk ragam. Senyap je naik boat. Ingat kot biasa2 je rupanya terlompat2 dalam boat. Adoi risau juga si kecik ni menangis. Ramai melayan die tu sbb good mood kot. Lagi tips sila la pakai baju mandi siap2 takyah lawa2 sgt satgi dalam abis kena hempas dgn ombak. hahaha siapa la tu?? 
First island: Pha Nga Bay
Ada la beberapa lagi island tak sempat bergmbr sbb jaga anak. Kasi ayahnya la snap sume. Sampai satu masa tu stop tgh island nak snorkeling. Hubby ajak tapi maklumla tak reti nak swim. Jadinya takut kot. Pastu sape nak pegang baby if i turun. Ramai je yg nak offer jaga zishan tapi maklumla ada rasa takut2 juga. At last hubby kasi green light i pun turun jela. Drpd korang mabuk tergolek2 dalam boat tu byk rendam dalam air sbb diorg matikan enjin boat n bagi masa 30 min utk snorkeling. Rupanya AWESOMEEEEEE sgt selam kat bawah tu. Mcm taknak kuar haaa. Sampai lupa kat anak. hahahaha. Elok je naik terus lapo then shoot g next island utk lunch. 
Sejam kat sini. Dapatla tgk monyet yg kecik tu apa ntah nama
Last stop Phi Phi Island
Island ni mmg cantik, terbentang luas, biru hijau airnya. So of course panas. jadi jgn la kedekut nak sewa payung besar tu. Pardon?? Ye sewa kena bayar. ingat free. NO FREE kat Thailand ni. Pakej ni dah siap bagi mcm2 buah. Yg paling sedap nenas die. Manis sgt. Air dibagi. Ktorg tak spend sgt pun kat sini sbb nak menikmati pantai katanya. Die bagi dalam sejam camtu.  

Moh la balik. Kat sini tak sempatnya nak salin baju bagai. Korg akan basah je. Sebab tu den tak rendam lagi kat sini. Nak keringkan baju. Faham2 jela dalam2 sume dah basah. Tak selesa. Zishan dah tak berbaju ha. Naik bot balik kul 4pm. Kul 530pm sampai kat jetty. Belila souvenir gambar ktorg buat kenangan dalam RM10 kot. Okla.


Menu makan malam walaupun penat kena makan. Hehehe. Ni restoran paling sedap rasanya compare yg sebelum ni. Kusuma Seafood. Harga pun okla. Tu menu suun pun sedap ok. Plus cicah dgn pencicah yg mcm2. Mmg sedap!

9 & 10 Jan 2016 Sabtu & Ahad
It's time for shopping. Singgah Jungceylon Mall. Tapi takde apa pun nak beli cuma makan kat food court die. Bole la sedap dan halal. Shopping skit baju si kecik tu dan kite ler. 


Disebabkan bosan kat takde apa sgt pun jadi round la area Patong. Tgk mcm menarik ada Children's Day Thai. Sume makanan free. Tapi ktorg tgk yg mana diyakini halal tu bole la amik. Aiskrim kelapa tu ktorg amikla sbb sedap gila. Ajakla si kecik main activity yg ada situ. Tapi panas terik jadi cari la tempat teduh. Mmg bahang sbb tu dah pesan mmg kena pakai sunblock if tak mmg hitam legam dah jawabnya.  
 What can i say makanan kat tepi pantai lagi sedap especially kerabu mangga tu. Ya Allah sedap dan sape yg tak tahan pedas jgn request nak pedas lebih. Yg i amik biasa pun dah pedas ok. Layan tepi pantai sat. Ni sume takyah filter mmg cantik sgt view pantai ni!

Ahad kami tak kemana pun. Just tip if korg nak beli trip ke pulau BETTER NOT ON WEEKENDS. Mmg boat akan pack. Sbb tu ktorg amik jumaat. Plus jalan confirm sesak walaupun ktorg naik moto. Pantai penuh dgn org yg bersantai. Mmg agak rimas if bawa anak sekali. Jadi ini la activity kami!
Teringin pulut mangga jadi ktorg meround pantai lagi mencari. Nasib jumpa. Siap 2 colors lagi. Taktau nak kata mmg sedap gila!
Sambil menikmati keindahan pantai di malam yg indah

11 & 12 Jan 2016 Isnin & Selasa
Since lagi 2 ari nak balik dah. Mmg ktorg pulun makanan apa lagi yg tak rasa lagi. Ni nasi goreng seafood hotel tepi pantai. Ada pondok kecik je. Bolela sedap jg tapi agak masin.
 
Si kecik dah gelap gelita main pantai. Dah boh mcm2 mmg takleh buat apa. Mmg panas terik. 
Malam tu dah berabiskan duit Thai jadinya ktorg decide nak makan mahal skit la. Teringin nak seafood. Ktorg pergi satu lagi branch Kusuma Seafood yg ni mmg fresh seafood. Rasanya if Malaysia dah RM300++. Total untuk sume ni hanya RM90++. Jgn tak percaya. Bayangkan udang besar tu, sotong 5 ekor yg gemuk2 dan ketam yg besar tu 3 ekor. Air of course green tea! 

 Memandangkan 12hb ktorg flight 6pm hubby i gelabah p turun awal kul 1pm dah terpacak kat airport. Elok dah sampai airport dapat message Airasia delay kul 8pm. Korg agak ape nak buat. Blur btul. 
Boring!!!
Airportnya bukan besar pun. Apa lagi cari la benda yg bole abiskan lagi duit ni. Dapat mcm2 paste tomyam, Pad Thai & keropok. At least ada benda nak buat kan. Oh btw if korg ada powerbank sila la jgn letak dalam luggage. Letak siap2 dalam beg korg. If tak abis die geledah luggage korg. Abis terburai segala brg2 yg tak patut tu nampak. Adoi gelabah masa tu. Sampai Malaysia kul 10pm cmtu. Total spending untuk percutian kali ini around RM2400 saja untuk 7 hari. Alhamdulilah. Sbb kami tak pakai tour guide. Sume rancang sendiri. Sekian!






No comments: