Friday, July 27, 2018

Post Raya: Grand Seasons Hotel

SALAM ALL.
Raya ke3 aritu ktorg dah check in hotel. Hahaha. Ktorg tak raya sgt pun. Tapi apply cuti sampai seminggu. Hmmm. Hubby i lepas operate tak bole nak jalan jauh. Skit2 dok adeh adeh. Jawabnya jalan dekat jela. So i pun buat gile KL tour. I book through AGODA.com je. Masa tu ada discount 20%. 
So dapatla merasa bilik menghadap KLCC u allzzz.  
Budak ni la jakun. Sume dia nampak bgtau i. Tren la, Ambulans la maklumla depan HKL. 
Panorama view of the room. 
Toilet pun best. Siap bath tub. Zishan tak minat. Dia takut lemas kot.
Activity utama sebenarnya nak mandi je. Kat umah takde pool. Best pegi time ni sbb mmg tak ramai org. Foreigner je. Tapi sini ramai from india. Sbb ckp urdu so i mmg faham la. Hahaha tgk hindustan byk. 
Ni view yg mahal from me. Hahaha ENJOY!!!

Monday, July 23, 2018

Baiki Blusher @ Any Makeup Pecah

ASSALAM SUME.
Lamanya tak bersua. Arini saja nak share benda baik punya. Maklumla benda baik kena share. Sejak ada anak ni sume barang mekap nak pecah tau. Stress mummy!!! Mula2 dulu powder skrg ni blusher plak. Dahla warna favourite plak tu yg pecah. Lepas try NYX blusher ni best sgt sbb if beli maybelline i kene beli satu color asing2. So mmg tak variety la pipi i kan. Dok pink je everyday. So terjumpa yg ni mmg ari2 color lain. Oren ada, coklat ha muda ada gelap pun ada. Pastikan yg original ye. I jenis kulit sensitif. Terpaksa spend lebih skit utk muka. Recommended sgt!!! OK panjang plak bebel. Jom tgk camne i repair.

1. Blusher yg pecah tu korang pecahkan sampai hancur dan lapik dgn kertas putih or apa2 la asal alaskannya. 
2. Korang bole la cari cecair yg korang pakai utk muka. Kebykkan mmg ada alkohol skit. Senang cite apa yg cecair putih yg biasa korang pakai bole la tu. To be safe i guna mekap remover cyber colors beli kat sasa cosmetics (sbb murah sgt n sesuai dgn muka) or face mist paling selamat sbb 100% water only. 
3. Pastu korang masukkan blusher or apa2 la brg mekap korang yg pecah dalam bekas die balik. Then tuang la cecair td.Sampai jadi lembik mcm pic bawah ni. Tapi jgn sampai jadi air tau. Agak2 lembik cukup!
4. Amik baby wipe and tekap bg rata campuran blusher td sampai takde lebihan air.
5. Lebih kurang cmni.
6. Tada!!! Jadi elok dah. Pandai2 la korang bg cantik asal masuk dalam bekas tu elok cukupla.
7. Korang tunggu la semalaman. Korang buat malam esok pg bangun tido dah kering. Finally happy sgt!!!
SELAMAT MENCUBA!!! TQ SASA COSMETICS sbb skrg tu tempat favourite shopping i. Murah plus sume benda ada. Perfume, face mist, face wash dari jepun, korea sume ada!!! Plus SALE byk gile lg2 if korang g MITSUI OUTLET SEPANG or GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLET. 

Saturday, January 20, 2018

First Time Mummy: Tips Menyusu, Pemilihan Botol dan Bengkak Susu

SALAM ALL.
Lama tak bersua dekat sini. Saja nak share since anak pun dah 3 tahun. Dah lega bab menyusu badan ni. So nak share la mana yg mudah untuk ibu yg bekerja bila abis pantang nnt kan. So far anak i masa dalam pantang mmg susah skit nak adapt. Satu sbb i pun first mom so byk benda taktau. Ke2 baby pun masih rasa dalam perut kot. Bila kuar die rasa nak nangis je. Mula2 tu taktau juga die nak apa. Tapi senang je baby ni akan senyap bila kita susukan setiap sejam (untuk baby boy sbb ada ckp boy kuat menyusu) dan terus kene pam susu masuk dalam botol. Ke2 diaper die mesti kena bersih. I mmg tak bole tgk die basah skit terus salin. So i share satu per satu from susu sampai botol ye.

1) Pemilihan botol.
Sblm deliver mmg dah beli Tommee Tippee newborn set. Tapi puting keras sgt walaupun set newborn. Baby tak reti nak hisap. At last letgo je. For me if picit pun mmg terasa keras. So bole agak la mmg baby takkan hisap. 

Next choice i try & error Como Tomo. Tapi bole tahan juga harga. Rasanya tak pernah jumpa lg kat Tesco or Aeon. Ni pun beli online sbb tgk review sgt positif. Bole tahan juga botol kecil 150ml je dah RM60 sebotol. Tu nasib baik baby tak gigit puting. Puting je RM20 ye. Ni i beli dalam pantang. So mmg dah standby awal training utk bottle feed. If tak jenuh lambat. Start je belajar pumping terus gilir dgn direct feed.
Bila zishan dah start makan dalam 8 bulan camtu botol kecik ni mmg tak cukup. Terpaksa buat 2 kali. Tak bole jadi ni. Jadi tu yg tukar pada 250ml. Lagi besar lagi mahal la. Ni RM80 sebotol. Pengsan mak nyah. Stage ni mmg kene standby puting extra. Die dah start menggigit.
Tak lama lepas tu dlm 1 tahun 2 bulan sbb dah terlampau kerap menggigit, puting pun selang seminggu dok koyak. Koyak juga poket i if dok membeli puting je. So tips if baby dah start stage ni bole la nk tukar botol biasa je. I opted to Anakku or Pureen.

2) Pemilihan breastpump. 
Masa pregnant tak terfikir pun nak beli ni. Maklumla tak pegi kelas antenatal. Beli masa hari 3 pantang. Esoknya terus dapat. Baca review better pilih dual pump sbb cepat la skit dan pilih automatik. Mmg i tak rajin la nak manual. Yg best beli Autumnz Passion ni mcm2 gift dpt. Manual pump, ice block, beg menyusu, botol susu dan disposable bra pad. Best pump ni sbb die ada suction level so bole pilih yg slow or yg kuat la. Tapi mmg takkan sakit breast korang. Nak set time pun bole. If tak silap standard 30 minit je. Tapi korang bole la nak tambah lg. Ha lg satu korang bole pilih nak pump sebelah or dua2. Ada lg takyah la dok usung soket bagai. Die bagi USB so ni rechargeable ye.
Oh lg satu.
3) Cara atasi bengkak susu.
Sape yg pernah kene mmg nangis la. Mmg sakit yg amat. I sampai risau sbb ketulan tu sampai seluruh breast jadi keras. Cara yg disarankan letak kobis sume tu tak jalan. Ni i try sendiri. Minum air sepanas2nya. Sbb secara logik bengkak tu mcm ais keras. Jadi nak cairkan guna air panas je. Alhamdulilah mmg mujarab. Korang bole cuba.
4) Pemilihan susu.
Agak2 korang nak berhenti direct feed mmg mencabar. Zishan pun 2 tahun 9 bulan baru stop. Mula2 try Anmum. Just a sip. Sedih. Syg susu. Next try S26 ha ni mmg terus die nak. So ni hanya cadangan. Kena try & error juga. Baby lain citarasa. Tekak pun lain. S26 ni pun agak mahal. Bila bole tukar susu? I try tukar masa die dah terlampau byk sgt minum i tukar Nestle. S26 tu agak mahal juga. Pernah try Dugro. For me Dugro tak berapa sesuai sbb susu ni terlalu manis. Budak akan aktif. Dumex dan Fernleaf pun zishan tak suka. Kena check juga if ada rashes or tak. If ade better stop!
5) Cara nak stop direct feed.
Ni mmg agak mencabar. Ada org suruh letak cili, asam jawa mcm2 lg la. For me tak kuasa la nak bg panas nipple kan. Baby pun panas la mulut. I ni jenis tak sampai hati. Lama2 fikir let go with the flow la. At last train seminggu sebelum tido akan bg botol susu. Jd die terus tido. Takkan direct feed. Alhamdulilah menjadi. Senang rupanya. Tp effect pada badan kita GEMOK. Sbbnya bila menyusu dok mkn byk sbb bg baby. Sbb dh biasa makan byk tu yg GEMOK 4kg ye.
Rasanya tu je kot nk share. Terimala si kecik yg dah berjaya stop menyusu! Zishan mmg tak hisap puting dari baby. Ni nak bg die leka dr mnta feed. Tp jap je. Die takmau.