Showing posts with label HONG KONG. Show all posts
Showing posts with label HONG KONG. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Budget Trip to Hong Kong Diary: Day 3 & 4 Mong Kok, Tsim Sha Shui & Sham Shui Po

SALAM ALL..
Lamaaaaanya nk sambung honeymoon Hong Kong ni..hahaha..bz bebeno..tp ada hati nak cite juga..sbb seronok! Moh kite sambung yg mana ingat la ye..kihkih.

Day 3: 7th January 2014
This time nak cite yg Mong Kok ni tempat paling best sbb byk gile outlet FOREVER21, Dorothy Perkins n mcm2 lg..takyah ckp la COACH, MICHEAL KORS tu bersepah..i mampu tengok je la..tp diorg ni serius masyarakat yg kaya..beli handbag mcm beli sayur..huhu..mula2 usha la benda ape nak beli..hubby dah pandang2 outlet ESPRIT..mmg murah la baju long sleeve compare di Malaysia..dapat RM30-40 je sehelai.

Di Tsim Sha Shui ni area hotel kitorg..so jln2 je situ je pon pun lebih kurang sama..sebelah hotel outlet CHANEL..hahaha..tak mampu den..target nk beli perfume PARIS HILTON je..sbb lama dah aim! H&M, Cotton On, GUESS bersepahhh!!! 

Tak dilupakan juga sempat menyinggah ke Fa Yuen Street..sbb i mmg suka street diorg ni..byk gile brg meruntun jiwa..terpanggil je utk beli..tak mampu nak cite shopping kt street kt sini..sampai i pun tak sempat nak snap picture ape2 pun..tanya hubby..sampai tak terlarat nak melayan kerenah i..sampai demam tu hubby i hari ke-3..kihkih..i masih gagah lg..balik hotel cpt2 tuam bg kurang panas skit..kalau tak spoil la trip kitorg..dok dlm bilik jela jawabnya..tu pun Alhamdulilah esok paginya hubby kebah dah..sbb i dh ready bawa FIRST AID KIT..sume ade demam, muntah n etc..penting ni kalau korg nak travel jauh!

Day 4: 8th January 2014
Semangat balik..sbb hubby dah sihat!!! yipeee!!! ape lg awal2 i upah die makan sedap..kali ni search area baru plak..Sham Shui Po..baca review banyak jual textile dan baju gegirl la..hahaha..sian lakiku..kena layan lg! 

Sebelum tu isi perut dulu..search muslim restaurant..Ma's Restaurant..bole tahan sedap..more to herbal soup la..tapi i tak berapa lalu sgt..sebab bau cina kuat sgt..huhu..jadi order dumpling nak bagi tekak tak loya.
Perut pun dah kenyang sempat la tgk baju n mcm2..sempatla beli silk shawl ni..rembat 5 helai terus..kuikui.
Dah nak tengahari singgah Kowloon mosque jap..mostly ramai pakistan kot sbb imam pun pakistan..tapi seronok tgk budak2 ramai join kelas agama.
 Menjelang senja balik la..mlm aktiviti nk jelajah street lg..kali ni view lg..tengok Temple Street mcm best..ajak la hubby dah sihat tu..kihkih.
 Tu tgk org dah sihat..berselubung..hahaha
Kitorg balik sampai nak tutup dah kedai..tips nak shopping..sila la tunggu sampai kedai tutup..cer bayangkan beg dari harga RM80 tinggal RM30 cmtu ler..hihi..merah menyala beg yg cantik tu..tapi dah dikebas oleh adik i..sabo jela!
 Bracelet cantik ni mmg penuh keliling..beli la juga utk my mama, mak mertua n sibling..maklumla adik gegirl ramai.

See ya next post..shopping lg heaven sbb nak abiskan duit Hong Kong ni!

Saturday, March 1, 2014

Budget Trip to Hong Kong Diary: Day 2 Wan Chai & Causeway Bay


SALAM ALL.
Baru berkesempatan sambung episod tergendala..punya la demam, selsema bagai ni pun masih dlm mood rockers lagi..baru nak baik tiba-tiba buat lecture terus rasa rock balik..adoi aptb! Sambungan dari PART 1 aritu.

Day 2: 6th January 2014
Awal pagi dah kuar hotel sbb nak hunt makanan Halal yg katanya sedap!

Then jalan sekitar hotel..amat la sejuk dan amazed by the Hong Kong's skyscrapers..sgtla tinggi dan tak kuasa rasa nak mendongak..sakit tengkuk den..uhuk uhuk!
Jalan sat..cantik sgt sekitar hotel kami

Actually rasa bertuah sbb pilih hotel tu..teramatla dekat dgn shopping malls, street markets dan souvenir shops..jalan sebatu nampak first shopping mall 1881 Heritage..since Christmas pun baru je abis pokok pine masih terpacak di situ.

Kebetulan masa kat situ ada pameran rumah api..kiranya ada la teropong sume tu..agak sempit juga.

ni la teropong sailor nye..dah macam nk teropong anak bulan nak raya ye dok..hihi

Seriously besar yg amat mall ni sebab ada taman luas sgt!

Dah rasa agak lama kat mall tu baru la gedik lapar..dibekalkan dgn map tu so kami terpaksa naik feri nak ke Wan Chai..for me pengangkutan yg amat murah kat Hong Kong ni of course la feri ni hanya HK2.50 bersamaan lebih kurang RM1 cmtu la..so guna la Octopus Card yg ada..jimat masa nak beratur dan simpan kad kertas kan??
Overall i bole kate feri yg bersih dan penuh dgn ciri keselamatan utk dewasa dan kanak-kanak.
Amik masa 8 minit je nak rentas dari Kowloon ke Island tu..bole je nak naik tren mahal skit la..on the way tu nampak la lokasi penggambaran movie The Police Story..yg amazing construction kat sini hanya guna buluh je..bukan jimat kos je malah bole recycle kan.

Jalan kaki dalam 5 minit camtu berdasarkan map sampai la kami di Masijd Ammar and Osman Ramju Sadick..nama restoran Islamic Centre Canteen terus naik tingkat 5 sampai dah restoran tu! mana nk dapat Halal restoran kat Hong Kong bole KLIK SINI!
Bak kata tourist better amik dimsum sbb biasa la jarang kan nak cari yg dibuat oleh orang Islam kat sana..tp seriously sgt RECOMMEND tempat ni utk lunch..btw dibuka kul 11am dan tutup kul 3pm..tp dibuka balik kul 6pm sampai 9pm.

Misi seterusnya of course la shopping..tp kali ni naik tren ke Causeway Bay..ni lagi satu bandar yg non-stop shopping..sepanjang jalan penuh dgn kedai dan SOGO pun ada..cakap je brand apa CHANEL, ZARA, FOREVER 21, COACH, KATE SPADE dan macam-macam lagi..tu yg tak banyak gmbar sbb tekun menghabiskan duit..hahaha! kitorang ke sini naik tren je sbb mudah dan jimat! touch down je trs amik map MTR dan map bandar.
Di celah malls ada la terselit satu market street yg dipanggil Jardine's Crescent..ok la juga harga die..tp diingatkan tak dijamin ada warranty especially yg beli thumb drive and other electronic devices!
klu ada yg nak cari beg, phone casing, souvenir dan handicraft bole cari di Street ni..mostly street di Hong Kong ni buka ptg hingga 12 tgh mlm dan mmg byk jual barang ni..yg penting mmg murah dan cantik! 
yg paling menarik dan buat mata ni tertoleh dua kali wishing card ni..punya la kreatif..bila buka je mcm2 benda yg muncul..buaian, pasu bunga n kissing couple..cute!

Puas berjalan kita balik la..mlm ni nak round tgk Avenue of Stars! Klu yg berminat nak tgk Symphony of Light kena ready kul 8pm..sbb teramat cantik lampu yg terang benderang kat setiap bangunan seberang laut Hong Kong.
Berdekatan dgn tu ada Clock Tower..tak bole nak snap penuh sbb bangunan terlampau tinggi lagi menampakkan i kecik kan?
 main purpose nak tunjuk ada juga Prudential..hihi
kat sini ada dataran untuk lepak..ade bangunan kerajaan kalau tak salah bahagian pelancongan.
Sebelum balik kena isi perut..lapo sgt dah..sejuk yg amat..perut bunyi je sepanjang berjalan..beli je yg diyakini Halal.
since ni je roti yg nampak menyelerakan rembat je la..just almond choco and custard cream.
ni yg nampak paling tempting..ege ball wafer..mcm kulit kaya ball tp isi dia choco..so mmg my fav la kan!
See u in the next post!

Wednesday, January 15, 2014

Budget Trip to Hong Kong Diary: Day 1 Tsim Sha Tsui

SALAM 2014 ALL!
What a great start for 2014 for me! How about u all? Mesti best kan? Btw i am still on leave and konon-konon jetlag. haha. Demam, selsema dan batuk satu pakej lepas baik Hong Kong baru ni. Sejuk yg amat u all. 9 degree. huhu.

Since ade bertanya apa yg best kat Hong Kong ni so i pun happy nak buat post pasal my last trip. Kali ni pun independent bagpack juga. Lagi senang dan nak ke mana pun tak tersekat dgn jadual. Yg seronok ke Hong Kong ni if u all memang jenis gila shopping macam i. hehe. Hong Kong kecik je. So tak byk taman rekreasi. Ia terbahagi pada dua pulau Hong Kong Island dan Lantau Island. Airport terletak kat Lantau Island. Kami stay di Kowloon. Kalau nak g rumah artis kene g Hong Kong Island. Haha tiba-tiba!
Day 1: 5th January 2014
Kitaorg sampai airport lambat gile. Flight kul 245pm. We arrived at 120pm. Nasib baik gate tak tutup. Huhu. 
Flight ke Hong Kong ambil masa almost 3 hours and 45 minutes. So tido jela. Penat gile main kejar-kejar ke airport ye idok! Touched down Hong Kong International Airport at 530pm. Sini kul 6pm pun dah gelap so mmg kene rush ke Kowloon sbb malam ni takut terlepas plak. 
 
Then naik shuttle train nak claim baggage. Senang je sebab instruction on board clear. Sama mcm Korea last time. Pada yg berhijab jgn terkejut la tiba-tiba korang diminta stop cek satu badan. beria sampai cek suhu badan bagai. Sabo jela! Hubby lenggang kangkung je. Hehe.



Baggage claim

Terus capai segala map yg tersedia. Memang mudah nak faham!



Mengikut bacaan i dalam blog lain better naik bus lg mudah dan murah. HK33 je ke Kowloon. Make sure kene beli Octopus Card harga HK150 tapi balik bila return dpt balik refund HK50. 

Dah beli terus ke mainland transport area such as bus and airport express.

 
Naik bus A21 ke Kowloon/Tsim Sha Tsui.
WIFI is everywhere. Dont worry!

Kitaorg stay kt Tsim Sha Tsui. Masa tu tak dpt bayang lg bandarnya. Dah suram dan gelap gelita.
Dalam masa 30 minit sampai la kami. Our hotel was at the last stop. So takdela risau sgt. Bila tau dah last turun jela. Sekali kuar terang benderang bandarnya. Rupanya dekat je dgn shopping city. Mana tak nya lepas check-in dan mandi terus jalan. Punya la tak sabar. 
Cuba bayangkan butik ESPRIT, COACH, ADIDAS, KATE SPADE, LOUIS VUITTON, CHANEL kat tepi hotel je. Confirm la jengah dulu. Esok pagi terus shoping katenye!

Yg penting shops close at 12pm. Ape lagi confirm la tiap-tiap malam den dan hubby menghabiskan duit. Nanti sambung lg ye! Tiba-tiba lapar dan nak makan ubat! See ya!