Thursday, February 28, 2019

Budget Trip to Jeju Island Part 1

ASSALAM SUME.
Blog ni rasa mcm biskut dah kejap ada kejap lesap terus bertahun. hahaha. Taktau nak start mana sebab vacation kalini mmg best yg amat!!! Overall kalini mmg mencabar pertama sebab bawa si kecik zishan yg dah mcm abam kawasan dan kedua takde train. Mula2 serius bole ke survive takde train ni. If bas rasa mmg matilanak. Bas kat Malaysia pun xhafal nombor kot. Tapi sangkaan salah sbb bas diorg sgt efficient walaupun korang tak fluent korean. Yg penting kena download apps contoh KakaoMap or NaverMap.
Oh btw kitaorg pegi 8 hari. Flight pagi subuh sapie. Kul 3 pagi standby dah kat airport. Flight lebih kurang 6 jam. Sampai Jeju dalam kul 1 ptg. Sampai je terus topup kad T-money kat G25. Byk sgt store ni. Setiap sudut bangunan mesti ada. Jual mcm2. T-money ni bole pakai utk sume transport di korea termasuk taxi. Jom start!!! Before that jeju ni ada 2 jenis bas. Inter dan Intra city. Intercity 1100 won je dan Intracity 3000 won. Ni kira mcm bas luar bandar mahal la skit. But still consider murah la dari kete.

Day 1: 15 January 2019
Turun je flight tgk suhu dah 7 degree. Mula2 tak rasa sgt sbb dalam airport kan. Settle imigresen dan luggage kitaorg survey dulu segala pamphlet yg ada kat airport. Almaklum la trip sendirian berhad. Mmg 100% ikut itinerary kitaorg dan tak dipengaruhi oleh sape2. Hahaha. Paling penting internet. Ada satu booth jual simkad internet saja. If nak beli portable wifi bole tp sbb kitaorg takde credit card. Harga SKT Telco 38500 won. Ni kira syarikat yg paling femes. Yg penting celah mana pun ada je line. Takde line sendu pun. Hebat tau! By the time nak landing serius seram. Bawah tu laut je. Huhuhu. Scary yg amat!!!


Jeju ni ada 2 bandar besar je. Jeju City dan Seogwipo. Ni kira bandar besar la. Kitaorg duduk guesthouse kat Seogwipo 5 hari 4 malam. Satu mlm dalam RM100 je. Okla bajet katanya. 
Ni Jungang Rotary.
Area ni mmg kawasan utama bas. Mmg rezeki duduk dekat sini sbb mcm2 ada dan senang nk cari bas. Check in kul 7pm juga. Sbb biasa la naik bas byk stop. 
Mlm tu kitaorg tak kuar pun. Duk umah je sambil layan tv korea je. 

Day 2: 16 January 2019
Since kitaorg naik bas kena la bangun pagi2. Subuh 5 pagi lebih dah bangun. Dgn nk siapkan bekal dan si kecik tu. Bawa je roti dan nasi. Time sejuk ni mmg lapar. Arini plan nk tgk salji. Tunggu bas pun lama juga dalam 20 minit. 
Heated seat tau. Takdela rasa sejuk kematu.
Yg femes sini Gunung Halla tp mmg tak mampu la nk sampai ke kemuncak. Basically dia ada 4 trail. Kitaorg main belasah je pegi. Tgk2 trail yg paling panjang, Seongpanak. Serius penat gile. Separuh je sbb trail licin sgt. 

Entrance Seongpanak.

Excited first snow in the early morning. Sejuk gile!!!
 Halfway amik masa 2 jam juga. Byk stop.
Si kecik ni bole taknak pakai coat. Taktau pasal apa kebal sgt.
 Slumber tak pakai sarung tgn pun.
 Mengada taknak jalan plak tu.
Depan bus stop. Padahal gigil dah ni.
Dalam kul 2 ptg cmtu kitaorg balik dah. Zishan ni nak tido plak. Jadinya first day's activity hiking sajo. Sabo jela. Rehat sampai ptg tu. Lapo plak. Mana la nak cari makanan ni. Mmg susahla nk jumpa halal pastu tak larat plak nak masak. Google sekali ada restoran seafood dekat dgn guesthouse namanya Naegeori Restaurant. Grilled mackerel dan hairtail fish mmg femes kat sini. Mmg sedap. Korang akan rasa sihat sgt makanan sini. Takde garam langsung. Air pun manada pepsi, lemon tea bagai. PLAIN WATER saje! Dah siap bg sebotol. 
 Ni sume 44000 won.
 Balik tu abiskan masa tgk map utk esok plak. Stay tune la next post pula. Basically sape yg suka snow Dec to Jan is the best time. Sbb jeju ni laut. Snow mmg certain tempat if nak compared dgn Seoul. If snow pun tak lebat sgt. If korang pegi kawasan menuju ke Mount Halla or Hallasan tu je yg lebat. Tapi suhu sejuk sgt walau takde salji. 

Friday, July 27, 2018

Post Raya: Grand Seasons Hotel

SALAM ALL.
Raya ke3 aritu ktorg dah check in hotel. Hahaha. Ktorg tak raya sgt pun. Tapi apply cuti sampai seminggu. Hmmm. Hubby i lepas operate tak bole nak jalan jauh. Skit2 dok adeh adeh. Jawabnya jalan dekat jela. So i pun buat gile KL tour. I book through AGODA.com je. Masa tu ada discount 20%. 
So dapatla merasa bilik menghadap KLCC u allzzz.  
Budak ni la jakun. Sume dia nampak bgtau i. Tren la, Ambulans la maklumla depan HKL. 
Panorama view of the room. 
Toilet pun best. Siap bath tub. Zishan tak minat. Dia takut lemas kot.
Activity utama sebenarnya nak mandi je. Kat umah takde pool. Best pegi time ni sbb mmg tak ramai org. Foreigner je. Tapi sini ramai from india. Sbb ckp urdu so i mmg faham la. Hahaha tgk hindustan byk. 
Ni view yg mahal from me. Hahaha ENJOY!!!

Monday, July 23, 2018

Baiki Blusher @ Any Makeup Pecah

ASSALAM SUME.
Lamanya tak bersua. Arini saja nak share benda baik punya. Maklumla benda baik kena share. Sejak ada anak ni sume barang mekap nak pecah tau. Stress mummy!!! Mula2 dulu powder skrg ni blusher plak. Dahla warna favourite plak tu yg pecah. Lepas try NYX blusher ni best sgt sbb if beli maybelline i kene beli satu color asing2. So mmg tak variety la pipi i kan. Dok pink je everyday. So terjumpa yg ni mmg ari2 color lain. Oren ada, coklat ha muda ada gelap pun ada. Pastikan yg original ye. I jenis kulit sensitif. Terpaksa spend lebih skit utk muka. Recommended sgt!!! OK panjang plak bebel. Jom tgk camne i repair.

1. Blusher yg pecah tu korang pecahkan sampai hancur dan lapik dgn kertas putih or apa2 la asal alaskannya. 
2. Korang bole la cari cecair yg korang pakai utk muka. Kebykkan mmg ada alkohol skit. Senang cite apa yg cecair putih yg biasa korang pakai bole la tu. To be safe i guna mekap remover cyber colors beli kat sasa cosmetics (sbb murah sgt n sesuai dgn muka) or face mist paling selamat sbb 100% water only. 
3. Pastu korang masukkan blusher or apa2 la brg mekap korang yg pecah dalam bekas die balik. Then tuang la cecair td.Sampai jadi lembik mcm pic bawah ni. Tapi jgn sampai jadi air tau. Agak2 lembik cukup!
4. Amik baby wipe and tekap bg rata campuran blusher td sampai takde lebihan air.
5. Lebih kurang cmni.
6. Tada!!! Jadi elok dah. Pandai2 la korang bg cantik asal masuk dalam bekas tu elok cukupla.
7. Korang tunggu la semalaman. Korang buat malam esok pg bangun tido dah kering. Finally happy sgt!!!
SELAMAT MENCUBA!!! TQ SASA COSMETICS sbb skrg tu tempat favourite shopping i. Murah plus sume benda ada. Perfume, face mist, face wash dari jepun, korea sume ada!!! Plus SALE byk gile lg2 if korang g MITSUI OUTLET SEPANG or GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLET.